BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, December 24, 2009

Apakah Itu Sahabat?

Apakah Itu Sahabat?

>

>

> Apabila bersahabat, diri sendiri & sahabat harus mempunyai

>tanggungjawab & punya harapannya sendiri. Antaranya ialah :-

>

> 1. Ketahanan bergurau senda, adat bergurau terlebih usik. Pastikan kita

>& sahabat saling boleh menerima gurauan oleh itu berfikir dahulu

>sebelum ianya berlaku.

>

> 2. Jgn terlalu celupar atau mengkritik, kita sendiri tidak semestinya

>bagus dan betul.

>

> 3. Jgn terlalu mengambil tahu hal peribadi org terdekat dgn sahabat spt

>tunang, isteri/suaminya atau kaum keluarganya.

>

> 4. Perkara sensitif spt gaji, kenaikan pangkat & hutangnya usah

ditanya.

>

> 5. Pandai menyimpan rahsia terutama hal peribadi spt rumahtangga atau

>hubungan suami isteri sahabat.

>

> 6. Terima kekurangan & keburukan sahabat seadanya.Cuba lihat nilai

>positifnya dan lihat diri sendiri, diri kita tidak tentunya baik.

>

> 7. Jangan membuat muka belagak dan sombong, atau menghentak hentakkan

>kaki dan barang bila kita membuat kesalahan supaya kesalahan itu dapat menutup

>kesalahan kita.

>

> 8. Bijak menyesuaikan tutur kata dgn emosi sahabat. Jangan cakap mengikut

>sedap mulut tanpa memikir kesannya kepada sahabat.

>

> 9. Berita baik atau berita sedih sahabat, biarlah dia sendiri memberitahu

>rakan lain walaupun kita sudah mengetahui. Ini tanda kita menghormatinya.

>Jangan terlalu busy body dengan cerita kehidupan sahabat kita tanpa memikir

>kesannya kepada sahabat kita.

>

> 10. Menghormati hak & kehidupan peribadi sahabat. beri peluang sahabat

>bersendiri. Jikalau terlalu berdampingan, mungkin menjemukan & kita hanya

>menyekat perhubungan dgn insan lain.

>

> 11. Jika salah seorg marah, beri peluang dia melepaskan amarah di hati.

>Jgn dibalas, berdiam & tunggu hingga dia reda & sejuk. Pasti hubungan akan

>kembali spt biasa. Manusia harus menerima hakikat setiap org ada lautan

>hati yg pasang surut.

>

> 12. Sewaktu sahabat sedang marah, elok mendiamkan diri. Jikalau dia

>mengomel, dengar & angguk. Itu lebih baik dpd membuat komen. Ia boleh

>memburukkan keadaan.

>

> 13. Jangan memburukkan sahabat di hadapan orang lain dan membanggakan diri

>dengan mengadakan cerita i.e. kekayaan, kecantikkan dan sebagainya. Bangga

>diri tidak membawa kita ke mana-mana sebaliknya bersyukur dgn apa yang

>dikurnia oleh Allah s.w.t

>

> 14. Jagalah hati sahabat sebagaimana kita mahu, sahabat kita menjaga hati

>kita. Kalau kita pandai menjaga hati org lain, begitulah sebaliknya org lain

>akan lakukan kepada kita dan begitulah sebaliknya.

>

> Cuba periksa diri kita, adakah hari ini kita merupakan sahabat yang baik

>untuk sahabat kita. Atau hari ini kita dapati sahabat kita makin menjauhkan

>diri dari kita? Tepuk dada tanya selera........

>

> Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya hati manusia akan berkarat

>sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air."

>

> Bila seorang bertanya, "Apakah caranya untuk menjadikan hati- hati ini

>bersih kembali?"

>

> Rasulullah s.a.w. bersabda, "Selalulah ingat mati dan membaca Al

Quran."

0 comments: